Monday, August 14, 2006

Peristiwa Isra' dam Mi'raj

Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra'
dan Mi'raj adalah seperti berikut ;

1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan
cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah ..

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang
beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu
berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang
sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka
menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang
bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan
orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan
batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam.
Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya.
Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke
dalam lubang tersebut.
Gambaran orang yang suka bercakap besar.

11. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup
membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

12. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk.
Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

13. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima
berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan
membuat dusta.

14. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan
wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

15. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang
serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga
keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur
kepada orang ramai.

16. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar
hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.


17. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu
kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk
membunuh janin.

18. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api
dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

19. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu
keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

20. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas
ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke
arah pergaduhan sesama manusia.

No comments: