Monday, August 14, 2006

Peristiwa Isra' dam Mi'raj

Secara ringkasnya, peristiwa yang dialami oleh Rasulullah SAW ketika Isra'
dan Mi'raj adalah seperti berikut ;

1. Orang yang bercucuk tanam mengeluarkan hasil yang banyak dan
cepat.Gambaran orang yang membelanjakan harta di jalan Allah ..

2. Mencium bau yang wangi iaitu bau tukang sikat Firaun (Mashitah) yang
beriman kepada Allah.

3. Sekumpulan manusia menghempap kepala masing-masing dengan batu
berulangkali. Gambaran orang yang berat melakukan solat fardhu.

4. Kumpulan manusia telanjang memakan rumput berduri, buah zakkum yang
sangat pahit dan makan bara api Jahannam. Balasan orang yang tidak suka
menderma, bersedeqah dan tidak mengeluarkan zakat.

5. Orang yang mengguntingkan lidah tidak berhenti-henti. Balasan orang yang
bercakap tetapi tidak mengamalkannya.

6. Sekumpulan manusia makan daging busuk sedangkan ada daging baik, balasan
orang yang berzina sedangkan dirinya ada isteri yang sah.

7. Orang yang tenggelam timbul dalam lautan darah dan dilemparkan dengan
batu. Balasan orang yang makan riba.

8. Kumpulan manusia mencakar-cakar muka dan dada dengan kuku yang tajam.
Balasan orang yang suka mengumpat.

9. Orang yang membawa berkas kayu yang banyak tidak terangkat olehnya.
Balasan oarang yang menerima amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.

10. Seekor lembu keluar dari lubang kecil tetapi tidak dapat masuk semula ke
dalam lubang tersebut.
Gambaran orang yang suka bercakap besar.

11. Wanita menangis sambil meminta pertolongan tetapi tiada yang sanggup
membantu. Gambaran balasan wanita yang berhias bukan kerana suaminya.

12. Wanita tergantung pada rambutnya, otaknya menggelegak dalam periuk.
Balasan wanita yang tidak menutup auratnya (rambut)

13. Wanita berkepala seperti babi, badannya seperti kaldai dan menerima
berbagai balasan wanita yang suka membuat fitnah, bermusuh dengan jiran dan
membuat dusta.

14. Wanita yang mukanya hitam dan memamah isi perutnya sendiri. Balasan
wanita yang mengoda dan menghairahkan lelaki.

15. Lelaki dan wanita yang ditarik kemaluannya ke depan dan ke belakang
serta dilontar mukanya ke api neraka. Kemudian ditarik dan dipukul hingga
keluar api dari badannya. Balasan orang yang membesarkan diri dan takabur
kepada orang ramai.

16. Lelaki dan wanita dimasukkan besi pembakar daging dari duburnya, keluar
hingga ke mulutnya. Balasan orang yang membuat fitnah, mengejek dan mencaci.


17. Wanita tergantung rambutnya di pohon Zakkum, api neraka membakarnya lalu
kering kecut dagingnya terbakar. Balasan wanita yang minum ubat untuk
membunuh janin.

18. Wanita dibelenggu dengan api neraka, mulutnya terbuka luas, keluar api
dari perutnya. Balasan wanita yang menjadi penyanyi tidak sempat bertaubat.

19. Lelaki dan wanita yang masuk api ke dalam perut dari duburnya lalu
keluar dari mulut. Balasan orang yang makan harta anak yatim.

20. Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas
ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya. Balasan orang yang berusaha ke
arah pergaduhan sesama manusia.

Thursday, August 10, 2006

Perkara Yang Elok dan Tidak Elok Disebut

3 Perkara Yang Elok Disebut


Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhir! at.


Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

2 Perkara Jangan Disebut


Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh i tu eloklah kita ! berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk dari padanya.! Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Larangan-larangan Terhadap Amalan Perbuatan dan Kebiasaan Yang Boleh Merosakkan Kesihatan Tubuh Badan

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN
DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN
KESIHATAN TUBUH BADAN
1) Mandi setelah makan.
2) Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan
berdukacita.
3) Berada dalam keadaan terlalu lapar.
4) Berjaga malam selain dari qiamullail.
5) Memakan daging yang tidak disembelih mengikut
hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN
1) Memakan daging.
2) Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3) Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4) Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari
kapas.
5) Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak
terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6) Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT
1) Bercakap banyak.
2) Tidur banyak.
3) Makan banyak.

FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN
1) Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2) Banyak minum air yang bercampur dengan air liur
kita sendiri.
3) Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT
1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam
air sejuk (masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL
1) Tinggalkan dari bercakap kosong.
2) Sentiasa bersugi.
3) Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE
DALAMNYA,MAKANLAH, JANGAN DIBUANG
Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman,
hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke
dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan
buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah
selamat digunakan.

Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu
adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI
PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN
1) Melihat pekara-pekara yang haram.
2) Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3) Meminum minuman atau memakan makanan yang
bercampur semut.
4) Tidak membaca Al-Quran.
5) Meminum atau memakan yang haram atau yang
diperolehi dengan cara yang haram.
6) Mengumpat dan mengata.
7) Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8) Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9) terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10) Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
1) Di larang keras tidur selepas makan kerana
mendatangkan keras hati.
2) Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya
40 langkah.
3) Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya
supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK
BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI
AKTU-WAKTU
BERIKUT :
1) Selepas bersenam, bersukan atau melakukan
kerja-kerja berat.
2) selepas makan atau sebelumnya.
3) Ketika sedang makan.
4) Selepas memakan buah-buahan.
5) Selepas keluar dari bilik mandi.
6) Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH
RASULULLAH S.A.W.
1) Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan
sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan
berwuduk.
2) Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00
atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan
bersembahyang tahajjud.
3) Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum
terbit fajar.
4) Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah
rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap
kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan.
Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
1) Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2) Selepas masuk waktu Asar.
3) Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena
separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca
yang panas kerana:
1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
1) Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka,
tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2) Hindarkan dari tidur lewat malam.
3) Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil
setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4) Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum
tidur bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun
dari tidur.
5) Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata
dengan air suam.
6) Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN
MEMPERCEPATKAN TUA
1) Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2) Banyak minum air di waktu pagi.
3) Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG
1) Merokok yang berterusan.
2) Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3) Kurang tidur.
4) Sentiasa mandi di tengah malam.
5) Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA
PENGLIHATAN
1) Melihat kepada benda-benda kotor.
2) Melihat kepada palang +/salib.
4) Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5) Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6) Banyak menangis.

19 Hadith Rasulullah s.a.w Mengenai Wanita

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.

Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan

1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000

kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak

bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala

orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,

keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya

melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi

ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi

satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara

anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya

pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas

untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,

darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana

takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah

s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari

pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka

pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan

anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa

yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia

memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan

agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam

syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa

bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat

akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana

sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada

1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah

s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap

wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa

pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w,

"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,

maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di

laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari

dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia

taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan

puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan

tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu

syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia

kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan

tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau

tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau

dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam

pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan

penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya

syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji

dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia

berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi

penghalang baginya daripada api neraka."

30 Larangan Untuk Wanita

1. Menyambung rambut palsu

2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain

5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6. Membuka rahsia hubungan suami isteri

7. Berpuasa sunat tanpa izin suami

8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami

9. Derhaka kepada suami

10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11. Mengingkari kebaikan suami

12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17. Memandang aurat wanita lain

18. Keluar rumah tanpa ada keperluan

19. Masuk permandian awam

20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah

21. Meratapi kematian

22. Berhias atas meninggalnya seseorang

23. Menghantar jenazah

24. Mempercayai dukun dan peramal

25. Menyumpah anak-anak sendiri

26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27. Menganiaya pembantu

28. Mengganggu jiran

29. Minta cerai kerana suami sakit

30. Minta cerai kerana suami menikah lagi