Thursday, August 10, 2006

19 Hadith Rasulullah s.a.w Mengenai Wanita

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.

Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan

1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000

kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak

bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala

orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,

keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya

melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi

ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi

satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara

anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya

pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas

untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,

darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana

takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah

s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari

pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka

pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan

anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa

yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia

memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan

agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam

syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa

bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat

akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana

sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada

1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah

s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap

wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa

pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w,

"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,

maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di

laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari

dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia

taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan

puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan

tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu

syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia

kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan

tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau

tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau

dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam

pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan

penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya

syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji

dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia

berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi

penghalang baginya daripada api neraka."

No comments: