Wednesday, July 26, 2006

Wasiat Rasullulah s.a.w kepada Saidina Ali r.a.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

AZAN: THE AMAZING PHENOMENON

Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims
of the world, it is an established fact. Have a lookat
a map of the world and you will find Indonesia on the
eastern side of the earth. The major cities of
Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil.

As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil,
at approximately 5:30 am local time, Fajar Azaan
begins. Thousands of Muazzins in Indonesia begin
reciting the Azaan. The process advances towards West
Indonesia. One and a half hours after the Azaan has
been completed in Saibil, it echoes in Jakarta.

Sumatra
then follows suit and before this auspicious
process of calling Azaan ends in Indonesia, it has
already begun in Malaysia. Burma is next in line, and
within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches
Dacca, the capital ! city of Bangladesh.

After Bangladesh, it has already prevailed in western
India, from Calcutta to Srinagar. It then advances

towards Bombay and the environment of entire India

resounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot
(a city in north Pakistan)have the same timing for
Azaan. The time difference between Sialkot, Quetta,and
Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar
Azaan is heard throughout Pakistan.

Before it ends there, it has already begun in
Afghanistan and Muscat. The time difference between
Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during
this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas
(Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen,United Arab
Emirates, Kuwait and Iraq.

The time difference between Baghdad and Alexandria in
Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in
Syria,Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The
time difference between eastern and western Turkey is
one and a half hours, and during this time it is
echoed with the call to prayer.

Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located
at one hour's difference. The process of calling Azaan
thus continues throughout the whole of Africa.

Therefore, the proclamation of the Tawheed and
Risaalat that had begun in Indonesia reaches the

Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and

half hours.

Prior to the Azaan reaching the shores of the
Atlantic, the process of Zohar Azaan has already
started in east Indonesia, and before it reaches
Dacca, Asar Azaan has started. This has hardly reached
Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib
becomes due, and no sooner has Maghrib time reached
Sumatra, the time for calling Isha Azaan has commenced
in Saibil!

When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar
Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for
Isha.

If we were to ponder over this phenomenon
thoughtfully, we would conclude the amazing fact that
there is not even a single moment when hundreds of
thousands of Muazzins around the world are not
reciting the Azaan on the surface of this earth. Even
as you read this aterial right now, you can be sure
there are atleast thousands of people who are hearing
and reciting the Azaan!!!


Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil
berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang
ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?"tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan
doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.

Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya."
Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini."Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup.".

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan
memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan
terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "

"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh ,Engkau >boleh
mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya?"."Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat padahari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun :
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia
berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin :
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan :
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan
kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para
ulama.

4. Haffaf :
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat
maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah :
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud :
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja
penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim :
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak
ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan
pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan :
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan
menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus :
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Tanda-Tanda Kiamat

1. Dari Anas r.a. berkata; "Akan aku ceritakan
kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan
menceritakan setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w.
bersabda; Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak
kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan
sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus
lima puluh orang perempuan." - Riwayat Bukhari & Muslim.





2. Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda; "Hari Kiamat tidak akan terjadi sehingga harta
benda melimpah ruah dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan
banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah itu ' al-Harj
' hai Rasulullah?", Nabi s.a.w. menjawab, "Peperangan demi
peperangan." - Sahih Bukhari & Muslim.





3. Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah
s.a.w. berkata; "Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah Tanah Arab
(yang tandus ini) menjadi lembah yang subur dialiri
sungai-sungai." - Riwayat Muslim.





4. Dari Anas b. Malik r.a. bahawasanya Rasulullah
s.a.w. bersabda; "Tidak berlaku hari kiamat sehingga umatku
bermegah-megah (dengan binaan) masjid." - Riwayat Abu Dawud.





5. Dari Abdullah b. Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah
s.a.w. bersabda; "Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah
bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku
(keturunanku) yang namanya sama dengan namaku." - Riwayat
Tirmidzi.





6. Dari Ali b. Abi Talib r.a. berkata; "Telah
bersabda Rasulullah s.a.w. ; "Sudah hampir sampai suatu masa di
mana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya
dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya.
Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong dari
hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di
bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah itu kembali." -
Riwayat Al Baihaqi.





7. Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.
sabdanya; "Segerakanlah berbuat amal kebajikan sebelum datang
bayang bagaikan malam gelap gelita. Pagi-pagi seorang masih mukmin
tetapi apabila petang dia kafir; atau petang hari dia masih
mukmin, pagi hari dia kafir. Dijual agamanya kerana mengharapkan
keuntungan dunia." - Sahih Muslim.





8. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah
s.a.w. bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi
singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan
dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari
dan sehari dirasakan seperti sejam, sejam dirasakan seperti satu
petikan api." - Riwayat Tirmidzi.

Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah
dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun
ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Kedasyatan Api Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum

nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat

sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan

racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Tafsir Talqin

Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.

Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala.
Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan
kembali menghadap hadirat Allah Taala.


Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat sebagai wakil Tuhan yang menemui kamu, iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:


Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.


Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang didalam kubur.


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada
kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.


Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


Al-Fatihah..


Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"


Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran."


Surah Al-A'sr


Hikmat Ayat Al-Kursi

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga
subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap
perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya
rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang
berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Hikmat Salam

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas
pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap
kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran
suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat
itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali
tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita
adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun.
Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.
Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Kalimah Bismillah

Kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah sangat singkat namun
kadangkala sangat sulit untuk di ucapkan.
Dalam hadis Rasullullah dikatakan: Barang siapa yang
membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM sebanyak 21 kali sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan.

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
pintu/almari, meletak dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan
memakai pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM pada saat akan
melakukan sebarang aktiviti.

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan
akhirnya terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut.
Lalu suatu ketika sang suami memberikan emas kepada
isterinya dan mengatakan "Wahai isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu.
Simpanlah baik-baik". Lalu sang isteripun menerimanya
dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan membuka almari
dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menaruh emas tersebut
dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dan menutup/mengunci almari
dengan mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada dirumah, maka
sang suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.
Lalu ia kembali kerumah, dan ketika isterinya pulang dia pun meminta
kepada isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.
Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah
(air laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.
Melihat emas tersebut basah sang isteripun menjadi bingung dan
bertanya kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan
setelah itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahwa dia (suami) telah
membuang emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan
sang isteri dengan tujuan untuk mengetahui manfaat dari BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM.

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya,
yaitu:
Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM ketika kita
akan mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru
maupun yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah
agar pakaian tersebut tidak digunakan oleh makhluk lain (golongan Jin),
ini dapat kita lihat apabila kita menaruh pakaian maka ketika kita gunakan
kadang terasa gatal dan tidak nyaman. Memang kita bisa mengatakan bahwa
itu adalah pengaruh lembab ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut
telah digunakan oleh makhluk lain dengan cara mereka.

Keutamaan kalimat BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM adalah lebih untuk
kaum wanita (pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa
disadari olehnya sendiri(wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun
ini benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan
diri untuk membacanya.

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat
kita perolehi dari mengucapakan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM dalam melakukan
aktiviti kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai
dapat membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIIM
dalam melakukan aktiviti kita sehari-hari.

Amin.

Surah Yaasin

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin
kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10.Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11.Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah
Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca
al-Quran sebanyak 10 kali.

12.Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".

13.Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit
ketika nyawanya diambil.

14.Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya
dihadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan
kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya
tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.

Tujuh Perkara Ganjil



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari,
pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada
Allah s. w. t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama,
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s. w. t. sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,

" Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke
dalam liang lahad.Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur
mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi,

" Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti
biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku
lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu
banyak
daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,
wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia
yang
menderhakai
ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,"
sambung
pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak
bertegur
sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w.pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk
dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu,
ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam
yang
amat
busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu
hayatnya,"
jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu
hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan
disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah
matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya
jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

Tujuh Kalimah

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak
patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,
mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau
sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Kelebihan Sujud

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam
tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.
Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.
yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang
selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti
ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah
Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika
solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan
mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan
mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud
pula boleh:


- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari
tempat asalnya.


- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


- melegakan sakit hernia. (burut)


- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


- melegakan paru-paru daripada ketegangan.


- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.


- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan
lingkungan bahagian belakang tubuh.


- meringankan bahagian pelvis.


- memberi dorongan supaya mudah tidur.


- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika
akan sujud dan bangun daripada sujud.


- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.


- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,
mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit
buah dada.


- mengurangkan kegemukan.


- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan
mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit
gelombang perut (convulsions).


- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah
dan oksigen.


- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah
ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah
dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di
hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak,
takbur dan sebagainya.


Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan
aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain,
menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
mentaliti seseorang.


Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia
yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia
memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Fatwa berkenaan surat berantai

Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada
amnya mengajak
kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu
ada diceritakan
berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak
menyebarkan
sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan
ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang
mengandungi surat
berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat
seorang alim dari
Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang
membacanya supaya
disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan
dalam masa 2
minggu. Sekiranya dilakukan akan dikurniakan oleh
Allah sesuatu
hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan
terjadi sesuatu
perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat
ini?


Dahulu ia diedarkan dengan membuat salinan Photostat
tetapi
kini ia diedarkan melalui internet. Mungkin pihak
AnNur dapat
memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini
supaya saya
dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih
mengedarkan
risalah ini.


Jawapan

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh
dikupas dari surat
itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti
apabila surat
ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w)
dalam mimpi
dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum
selesai
tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji
wida',
Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu
agamamu"
yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama
yang akan
turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah
atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya
bahawa dengan
mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau
kebaikan
dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa
bencana maka
secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi
kuasa selain Allah SWT.


Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik
Ahmad yang dikira
kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang
yang berilmu, warak,

alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan
imannya untuk apa
sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu
dakyah untuk
memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini.
Ia mengandungi
isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang
kononnya bertemu
Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya
memberi
satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang
memang tiada
cara untuk membuktikan kesahihannya.
60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya?
Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu
diselitkan
nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat
baik.
Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20
salinan,
mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela
kufur sekiranya
isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi
keyakinan pembaca,
diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada
perkara diatas.

Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita
tersebut. Cuma
setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak
dibuang
kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam
politik. Kalau
ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau
keluarga Datuk
Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya
muslim yang rapuh
imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini.

Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam
hati seolah-olah
menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan
inilah
syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh
kita sehingga sakit,
maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan
kita edarkan. Syaitan
akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah
berjaya
memesongkan aqidah kita.

Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan
menceritakan
pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah
memasukkannya
kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan
surat tersebut
dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya
tetap akan beredar
hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah
beredar sejak
saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula
berpuluh-puluh tahun
sebelum itu. Dari Penerangan diatas jelaslah
mempercayai surat wasiat
tersebut adalah haram.

Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat
berantai yang
kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu
Rasulullah
didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH
MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini
ditulis
oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio,
Texas, USA
pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam.
Penulis asal surat ini
ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang
paderi Katolik
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut
Islam, nama
asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione
Reliogioso
di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara
tahun
1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father
de Villa
meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54
tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin
Al-Hashimi
Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah
antara tahun
1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama
Sheik Ahmad
antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu
Mohamed Abdul
Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia
1932),
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil
Al-Hashimi Al-Quraisy
(1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul
Karim Mutawwi
Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak
saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque

Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed
Ghazali
Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali
lagi di
hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah
beliau mengaku pernah
menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang
kawannya.

Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau
meninggal
dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap
semula kerana
bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor
mengisytiharkan bagi
pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa
dengan sengaja
menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan
tidak mustahil jatuh
murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik
perbuatannya itu
terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah
ini".


(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.
7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu
dalam
mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978,
dipengerusikan oleh
Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis
Fatwa
Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam
menyekutukan
Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar
(shirk-i-kubra) serta
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan
niat tidak baik
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat
besar
terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta
ajaran
baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai
perawi hadith
sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam
Risalat
Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang
menimbulkan syirik kecil
dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam,
serta syirik
yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah
melainkan dibuat
dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu
menyalin surat ini
kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya
mentablighkan perkara
syirik dan khurafat.


Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh
besar
syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun
tanpa sadar
si-pengirim".

Tuesday, July 25, 2006

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

5 cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,

pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga,

pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,

pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,

sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikan! lah walau satu ayat" al hadis

9 Mimpi Rasulllullah s.a.w

Tazkirah Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG

KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah

pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA

ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Cara menyambut kelahiran anak dlm Islam

Kaedah ini bertujuan memberitahu kepada suami akan beratnya kesakitan yang dihadapi oleh isteri ketika hendak melahirkan anak dan menuntut suami supaya sentiasa berada disamping isterinya agar beban kesakitan dapat dikurangkan.

Kaedah ini juga bagi membimbing suami supaya dapat menyambut kelahiran anak mengikut cara yang digarispandukan oleh Islam.

Aktiviti :

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin.

Alangkah gelisah dan kritikalnya saat-saat akan melahirkan anak lebih-lebih lagi bagi ibu yang pertama kalinya akan melahirkan anak. Suami perlu memberikan motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan sabar, di samping suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.

Firman Allah Taal dalam surah Luqman ayat 14 :

Maksudnya : "Dan Kami wajibkan menusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ke akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri.

Suami hendaklah segera mengazankan di telinga kanan anak yang baru lahir dan diiqamahkan di telinga kiri dengan tujuan supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Rafi' r.a. Rasulullah bersabda :

Maksudnya : "Aku melihat sendiri Rasulullah s.a.w. mengazankan Al-Hassan bin Ali pada telinganya ketika itu ia baru dilahirkan oleh Fatimah r.a."

Riwayat Abu Daud dan Tirmizi


3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.

Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.

Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan (ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran :

Maksudnya : "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".


5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.

Memberikan nama yang baik.

Bapa dikehendaki menamakan anaknya dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kerana nama itu sendiri adalah merupakan doa kepada anaknya.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu".

Riwayat Abu Daud

Membaca Doa ketika memberikan nama anak.

Maksudnya : "Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah nama yang diberikan ini memberi keberkatan kepadanya, pandukan segala usahanya ke arah keredhaanMu, jadikan menuntut ilmu sebagai matlamatnya dan akhirkan hidupnya dengan amal-amal soleh. Ya Allah wahai tuhan kami, lanjutkanlah usianya dalam ketaatan kepadaMu dan kepada RasulMu dan jadikan tubuh badannya dalam keadaan sihat walafiat. Ya Allah, jadikan ia pemimpin di waktu dewasa, teguhkan imannya sepertimana iman para nabiMu sehingga hari kiamat. Ya Allah kurniakan ia rezeki yang halal dan berkat, dekatkanlah ia dengan kebaikan dan jauhkan ia daripada kejahatan dengan rahmatMu Ya Allah yang Maha Pengasih.

Mengaqiqahkan anak.

Bapa hendaklah mengaqiqahkan anaknya kerana hukumnya adalah sunat mu'akad iaitu dengan mengadakna kenduri kesyukuran. Menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan. Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Maksudnya : "Setiap anak yang dilahirkan tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya".

Riwayat abu Daud

Asal-usul Dajjal

Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau
apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya
"Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah
swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan
di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk.
Hidungnya seperti Paruh burung.
Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan
bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn "syaqq"
manakala ibunya adalah dari
bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman as dan mempunyai hubungan
dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya
sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka
(Hadis Sahih Muslim)

Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah
saw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;
Berbadan Besar dan agak kemerah-merahan; Rambutnya kerinting dan tebal.
Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.

Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,
manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau- hijauan berkelip-kelip
laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa- Ra)". Tulisan ini
dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau
tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam
diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu,
kedua-dua tanda yg terakhir ini belum ada pada dirinya.

Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab "Shahih Muslim",
bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di
sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama "Al-
Jassasah".
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis.. anda
boleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita
bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
"transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.

Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama
empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn
setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu
minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari- hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan
dan
14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada
disebutkan:
Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di
muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh
hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti
sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih
tinggal lagi (iaitu 37
hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang
seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari
sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup.
Kamu mesti mengira hari itu
dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor,
maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah
waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar Begitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg
panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita
lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.

Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar
biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku
akan mematuhinya.
Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari
biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda
kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada
awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi
menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan
stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak
mahu bersukutu dgn Dajjal..
mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan. Dan ada
diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org yg
tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:
"Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?"
Nabi menjawab:
"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan
bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." H.R
Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan
Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama
syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana
hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan
Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah
Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat
dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu.
Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu- ribu
kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "... Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?
Nabi menjawab:
"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan
atau
awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." H.R Muslim Namun demikian,
Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam
a.s.

Tanda-Tanda Saat-Saat Kematian

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar. .

b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.

e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan) Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik >mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.