Wednesday, July 26, 2006

Tujuh Perkara Ganjil



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan
mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari,
pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk
menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada
Allah s. w. t.
Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan,
aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut.
Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama,
aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat.
Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam,
aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat.
Mengapa terjadi begitu,wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan
Allah s. w. t. sewaktu hidupnya.
Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan
wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada
golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi,

" Golongan yang kedua,
aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke
dalam liang lahad.Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur
mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi.
Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah
golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya.
Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab.
Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"


Pemuda itu menyambung lagi,

" Wahai tuan guru,
golongan yang ketiga
yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti
biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku
lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu
banyak
daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,
wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat,
ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam
warnanya.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang
derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.
Sesungguhnya Allah s.w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia
yang
menderhakai
ibu bapanya."

" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga
membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,"
sambung
pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan
silaturrahim.
Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak
bertegur
sapa
lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w.pernah bersabda,
bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah
termasuk
dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya
lahadnya
kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu,
ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam
yang
amat
busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu
hayatnya,"
jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya
sentiasa
tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya
wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan
manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya
sewaktu
hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan
disisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah
matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya
jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.

Wallahua'lam..

No comments: