Monday, February 26, 2007

Istidraj - kesenangan yg menambah kekufuran

"Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat
kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu
selalu melakukan kemungkaran?". Kdg kala sesuatu anugerah Allah swt
kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu
tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah
nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat
bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah
menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka
sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada
member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat
apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.
Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan,
kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat
rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali
berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan
lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

APAKAH DIA ISTIDRAJ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah
s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan
nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia
yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan
pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat
mereka.

JADI KAYA - IKUT CARA NABI?

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah
Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana
dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah
malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin,
Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada
yang susah juga. Ke napa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup
tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta
mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita
tanya, apa kamu tak t akut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya
mereka, takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu
Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya
sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun
tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof!
dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

SIAPA "MANUSIA ISTIDRAJ"?

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat
maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada
orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak
mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak
payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit
ibadat tentu boleh kaya macam aku,katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila
Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu
dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap),
dia akan cuba melawan api.

FIRAUN TIDAK PERNAH SAKIT

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah
swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit,
bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang la in mati,namun dia
masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas
mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

QARUN - MANUSIA TERKAYA

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya
sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan
bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita
kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran

No comments: